25hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini lebih rendah ketika aktiviti pengambilan untung dalam kalangan saham wajaran tinggi perladangan dan perkhidmatan kewangan terpilih.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, menjejaki prestasi kukuh semalaman di Wall Street dan sentimen tempatan yang lebih baik menjelang anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 yang akan dikeluarkan hari ini.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) melancarkan sukuk boleh tukar bercagar bernilai US$300 juta yang mencerminkan komitmen berterusannya untuk memperkukuh daya tahan portfolio serta memberikan pulangan mampan dan jangka panjang kepada pemegang unit
26hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent susut lebih empat peratus pada Khamis selepas Iran, satu daripada pengeluar minyak terbesar memberi amaran iaitu negara itu akan bertindak balas terhadap ancaman asing.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Chin Hin Group Property Bhd (CHGP) membatalkan perjanjian penjualan saham (SSA) untuk menjual pegangannya dalam empat syarikat bernilai RM74 juta.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Trajektori fiskal Malaysia yang stabil dan pertumbuhan ekonomi yang mampan telah meletakkan negara ini sebagai destinasi yang menarik untuk pelaburan asing, khususnya dalam sektor seperti infrastruktur, perkhidmatan kewangan dan tenaga boleh baharu.
26hari ago
PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) bagi skim jaminan di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) kekal rendah iaitu sekitar dua peratus seiring dengan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
26hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Aktiviti membeli saham berharga rendah di kaunter perkhidmatan kewangan berwajaran tinggi telah menyokong indeks utama Bursa Malaysia pulih daripada penurunan sebelumnya dan melonjak ke ke paras tertinggi intra harinya, hari ini.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM201.3 juta daripada Greencove Sdn Bhd untuk membina pangsapuri kediaman di Selangor.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dalam wilayah negatif, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam kebanyakan kaunter wajaran tinggi.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Industri pembinaan dan subkontraktor Malaysia mesti berkembang melangkaui sempadan domestik dan secara aktif memanfaatkan peluang di rantau ASEAN yang lebih luas serta India untuk kekal berdaya saing, kata Pengerusi Majlis Ekonomi ASEAN-India (AIEC) Malaysia Datuk Ramesh Kodammal.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd mengekalkan tinjauan positif terhadap sektor hartanah, menjangkakan minat belian yang kukuh akan menyokong prospek pemaju.