Terdapat 246 berita berdasarkan kata kunci carian " lima sen"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Jejaki Prestasi Serantau Ekoran Dagangan Tidak Menentu

Oleh Siti Noor Afera Abu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, berbanding prestasi tinggi pada akhir dagangan minggu lepas, apabila pasaran serantau mengalami penurunan berikutan pelabur kembali berhati-hati menjelang tarikh akhir tarif Amerika Syarikat (AS) pada 9 Julai, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, dipengaruhi oleh aktiviti jualan yang sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya dalam kaunter utiliti dan kewangan, seiring dengan prestasi lemah pasaran serantau, kata penganalisis.

Gamuda Catat Keuntungan Bersih Tinggi Pada Suku Ketiga, Isytihar Dividen 10 Sen

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Gamuda Bhd mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM671 juta pada suku ketiga berakhir 30 April, 2025, meningkat lima peratus tahun ke tahun, dipacu oleh prestasi kukuh dalam projek pembinaan domestiknya.

Bursa Meningkat Pada Sesi Pembukaan

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Rabu, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street berikutan sentimen yang lebih baik dalam situasi ketegangan di Timur Tengah yang mereda, kata penganalisis.

FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh minat belian baharu dalam saham mewah terpilih walaupun sentimen berhati-hati dalam ketegangan geopolitik yang meningkat.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini berikutan pelabur menjadi lebih berhati-hati dalam persekitaran ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Tinggi Susulan Sentimen Serantau Berhati-hati

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi pada Khamis, dengan indeks utama meningkat 0.18 peratus, disokong oleh pembelian dalam saham berwajaran tinggi utiliti dan telekomunikasi.

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, menjejaki aliran penurunan niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, kata peniaga.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum semalam untuk dibuka tinggi hari ini berikutan penilaian semasa yang kekal menarik, mendorong institusi tempatan terus membuat pembelian saham, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Naik 0.45 Peratus

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu apabila para pelabur lebih optimis berikutan pengumuman perjanjian rangka kerja perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, yang merangkumi peruntukan bagi perdagangan teknologi.

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih kukuh pada Rabu, dengan indeks utama meningkat 0.46 peratus, didorong oleh minat belian dalam saham wajaran tinggi dan mengikut jejak Wall Street yang secara umumnya ditutup tinggi.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Belian Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) --Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan ditutup tinggi hari ini disokong oleh pembelian saham wajaran tinggi terpilih ketika peserta pasaran menunggu keputusan perbincangan peringkat tinggi antara Amerika Syarikat (AS)-China.