7bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Agensi ekosistem pemula niaga Malaysia Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kapital DX Sdn Bhd (KLDX), bursa sekuriti digital Malaysia untuk menyediakan saluran pembiayaan alternatif kepada pemula niaga Malaysia.
7bulan ago
GEORGE TOWN, 22 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang menyambut ketibaan penerbangan terus yang pertama Hong Kong Express (HK Express) dari Hong Kong pada Jumaat, sekali gus menandakan satu pencapaian dalam pembangunan pelancongan negeri.
7bulan ago
KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan syarikat ahlinya melancarkan Pek Permulaan i-MULA 50 secara rasmi hari ini sebagai sebahagian acara Karnival Celik Kewangan (KCK) Sarawak yang diadakan dari 15 hingga 17 November.
7bulan ago
YAN, 16 Nov (Bernama) -- Penduduk dan peniaga di daerah Yan digalakkan melakukan aktiviti jual beli menggunakan pembayaran secara elektronik atau tanpa tunai bagi memudahkan urusan kewangan seharian serta menjadikan hidup lebih mudah dan cekap.
7bulan ago
LABUAN, 16 Nov (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM50 juta untuk perbelanjaan mengurus bagi Labuan di bawah Belanjawan 2025, mengekalkan jumlah yang sama seperti Belanjawan 2024, dengan RM32.917 juta dikhaskan bagi tujuh projek pembangunan.
7bulan ago
KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN) dan industri kewangan menganjurkan Karnival Celik Kewangan (KCK) Sarawak selama tiga hari, bermula semalam.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- MTD Capital Bhd dalam usaha meneroka pasaran baharu dan sektor berpertumbuhan tinggi bagi memacu pengembangan masa depan, menilai kerjasama strategik dan peluang perniagaan dalam sektor hartanah dan lain-lain.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pertunjukan Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) menawarkan peluang kepada orang ramai untuk melihat inovasi terbaharu dalam industri mobiliti dan automotif.
7bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Syarikat-syarikat Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan kedudukan strategik Hong Kong sebagai pintu masuk untuk menubuhkan dan mengembangkan sayap mereka di Greater Bay Area (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macao.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pertama Digital Bhd (Pertama Digital) berjaya menyelesaikan kerja-kerja penyepaduan yang menggabungkan MyDigital ID ke dalam produk utamanya.
7bulan ago
PUTRAJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
7bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai pengendali rangkaian 5G kedua negara dilihat akan memberikan saingan yang lebih sihat dan merapatkan jurang antara pemain utama di negara ini, sekali gus mewujudkan landskap yang lebih saksama dalam sektor telekomunikasi negara.