9bulan ago
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Pembangunan Kota MADANI di Presint 19 di sini yang menempatkan kuarters kerajaan akan dilaksanakan secara berfasa dijangka bermula suku ketiga tahun ini dengan kos pembangunan dianggarkan berjumlah RM4 bilion.
9bulan ago
KUALA TERENGGANU, 21 Jun (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) mengumumkan pembukaan 300 juta unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk langganan umum.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd (CIMB Securities) telah mengunjurkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan pada Julai 2025, mempunyai kesan langsung yang terhad kepada sektor automotif.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan Scientex Bhd hanya menerima kesan langsung yang minimum daripada ancaman tarif Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Syarikat teknologi kewangan bersepadu terbesar di Malaysia TNG Digital Sdn Bhd melancarkan Akaun Perniagaan TNG Digital, penyelesaian digital tanpa halangan yang bertujuan menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta pekerja gig.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Konflik Iran-Israel memberikan risiko ekonomi langsung yang terhad kepada Malaysia berikutan pendedahan perdagangan negara itu yang minimum terhadap rantau ini dan situasi sebelum ini menunjukkan kenaikan harga minyak berkaitan konflik biasanya bersifat sementara, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mencari rakan kongsi tempatan dan antarabangsa merentasi rantaian bekalan pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) bagi mengukuhkan kedudukannya dalam segmen itu, selepas mengenal pasti sehingga tujuh tapak CCS yang berpotensi di Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) berkata mengawal inflasi sahaja tidak mencukupi untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup, tetapi perlunya penekanan yang mendesak untuk pembaharuan struktur dalam menangani pertumbuhan gaji yang tidak berkembang dan memastikan pendapatan seiring dengan kenaikan harga.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran positif terhadap sektor hartanah Malaysia tahun ini dengan minat pembelian dijangka terus kukuh.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Malaysia dalam usaha mendapatkan kadar tarif yang lebih rendah untuk sektor terpilih di bawah kadar tarif minimum 10 peratus Amerika Syarikat (AS), terutamanya untuk industri yang dianggap penting kepada kedua-dua negara, menjelang satu lagi pusingan rundingan di Washington pada 18 Jun.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan semakan kadar cukai jualan ke atas barangan keperluan pada sifar peratus diunjurkan memberi impak "neutral" kepada pengguna, sektor pembinaan asas dan perladangan, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Agensi Malaysia memeterai lima memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat Jepun sempena Minggu Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 Osaka untuk memajukan kemampanan, inovasi dan akses pasaran meliputi sektor komoditi utama.