6hari lalu
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila data pasaran buruh AS yang lebih kukuh daripada jangkaan menguatkan kemungkinan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengekalkan dasar monetari yang ketat, kata ahli ekonomi.
6hari lalu
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan 0.82 peratus semasa ditutup hari ini, dengan kepelbagaian komposisi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) membantu mengurangkan impak kelemahan pasaran global.
6hari lalu
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, mengambil petunjuk daripada niaga hadapan getah serantau yang lemah dan harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata peniaga.
6hari lalu
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dalam wilayah negatif, seiring dengan penurunan pasaran serantau susulan serangan baharu di Asia Barat serta kebimbangan terhadap saham teknologi.
6hari lalu
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Saham Astro Malaysia Holdings Bhd meningkat setengah sen kepada 6.5 sen seunit selepas dagangan sekuritinya disambung semula pada 10 pagi hari ini.
6hari lalu
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan pasaran serantau berikutan sentimen kekal berhati-hati dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.
6hari lalu
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar AS pada dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh selepas data pasaran tenaga kerja AS lebih baik daripada jangkaan.
8hari lalu
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Pasaran getah dijangka diniagakan secara mendatar dengan sedikit kecenderungan menurun minggu depan, di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan, terutamanya perkembangan di Asia Barat dan keadaan cuaca di beberapa rantau pengeluar getah utama.
8hari lalu
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil disebabkan pelabur menilai perkembangan di Asia Barat, pengumuman data ekonomi utama dari Amerika Syarikat (AS) dan China dan hala tuju aliran dana asing.
8hari lalu
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka menguji semula paras 1,700 dan diunurkan dalam julat antara 1,710 hingga 1,715 pada minggu depan, disokong oleh selera risiko yang semakin baik serta penilaian menarik dalam kalangan saham mewah Malaysia terpilih.
8hari lalu
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat US$4,400 hingga US$4,500 bagi setiap auns troy pada minggu depan.
8hari lalu
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan, dipengaruhi harga minyak mentah yang lebih lemah dan sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang laporan penting daripada industri.