BERITA TERKINI   Manipulasi korporat: Siasatan setakat ini mendapati tiada penglibatan SPRM - Ketua Polis Negara | Manipulasi korporat: PDRM akan mohon kerjasama pihak berkuasa negara luar kesan saksi sekiranya perlu - Ketua Polis Negara | PDRM rampas sisa elektronik dan produk akhir mencecah nilai RM582 juta menerusi Op Hazard 3.0 pada 6 April lepas - Ketua Polis Negara | 

Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Konflik Asia Barat Jejaskan Sentimen

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan sentimen terjejas oleh peningkatan ketegangan di Asia Barat serta ketidaktentuan geopolitik yang berterusan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh mata wang Amerika Syarikat (AS) itu yang rendah dalam ketidaktentuan geopolitik yang berlanjutan di Asia Barat.

Ringgit Dijangka Didagangkan Secara Berhati-hati Minggu Depan Berikutan Konflik Asia Barat

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Pasaran pertukaran mata wang asing dijangka kekal dalam sentimen berhati-hati minggu depan, termasuk kemungkinan ringgit dalam julat RM4.00 hingga RM4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan perang di Iran yang masuk minggu kelima.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan susulan pasaran menjangkakan bank pusat kekal memperketat dasar berikutan peningkatan inflasi dipacu krisis tenaga global. 

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, mencerminkan sentimen berhati-hati dalam pasaran tunai pendasar.

Niaga Hadapan MSM Diunjur Meningkat Minggu Depan Ketika Konflik Asia Barat

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives diunjur diniagakan tinggi minggu depan dalam persekitaran krisis yang berlarutan di Asia Barat, kata peniaga.

Pasaran Getah Diunjur Diniagakan Tinggi Minggu Depan Susulan Kebimbangan Gangguan Bekalan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Pasaran getah dijangka mengukuh minggu depan, disokong peningkatan permintaan di tengah gangguan bekalan susulan krisis Asia Barat, kata seorang pakar.

Jangkaan Inventori Rendah Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, didorong jangkaan paras inventori yang lebih rendah dalam beberapa minggu akan datang, kata seorang peniaga.

N​​​​​​iaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat selepas dolar Amerika Syarikat menyusut menjelang pengumuman data ekonomi yang dijadualkan minggu depan. 

Ringgit Kembali Ke Paras 4.02 Daripada Dolar AS Susulan Kebimbangan Mengenai Bekalan Tenaga Reda

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Ringgit kembali meningkat kepada paras 4.02 berbanding dolar AS semasa akhir dagangan hari ini berikutan rundingan transit tenaga Iran-Oman yang meredakan kebimbangan mengenai gangguan bekalan.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dipengaruhi Sentimen Berwaspada Ekoran Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit rendah pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati yang berterusan, dengan pelabur mengekalkan kedudukan di luar pasaran ekoran konflik berpanjangan di Asia Barat, kata seorang penganalisis.