1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meraih prestasi positif pada tengah hari dengan mencecah paras 1,600 memandangkan pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih dalam sektor produk dan perkhidmatan industri, utiliti serta telekomunikasi dan media.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun Wall Street rendah pada Jumaat lepas berikutan penganalisis berhati-hati bahawa lonjakan yang didorong oleh Trump mungkin tidak akan berterusan lagi selepas Parti Republikan menguasai Dewan Perwakilan dan Senat.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal hari ini.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan kenaikan pada Isnin, didorong oleh keyakinan terhadap prospek domestik Malaysia, yang mengimbangi kebimbangan mengenai hala tuju kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
1tahun lalu
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal dalam fasa tidak banyak berubah minggu depan, dengan pelabur memantau perkembangan domestik dan antarabangsa yang boleh mempengaruhi hala tuju pergerakan pasaran.
1tahun lalu
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Urus niaga ringgit dijangka dalam julat lebih kecil pada minggu depan susulan aliran kenaikan dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah unjuran pengurangan kadar faedah di negara maju itu.
1tahun lalu
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka tidak berubah minggu depan dalam persekitaran permintaan baharu daripada pasaran destinasi.
1tahun lalu
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mungkin didagangkan secara berhati-hati minggu depan berikutan kenaikan dolar US baru-baru ini, kata seorang penganalisis.
1tahun lalu
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menjangkakan pasaran getah diniagakan secara positif minggu depan, berikutan kelewatan dalam pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
1tahun lalu
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat terhad pada minggu hadapan.
1tahun lalu
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat setelah pulih daripada penurunan yang dilihat sepanjang tiga hari lepas, kata Penganalisis Kanan Fastmarket Palm Oil Analytics Sathia Varga.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat berikutan minat belian baharu meskipun kekukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), seiring dengan kenaikan di pasaran emas COMEX AS.