BERITA TERKINI   Kes tikam 61 kali : Punca kematian penuntut kolej19 tahun akibat tikaman berganda di bahagian dada - Ketua Polis Kelantan | Kes tikam 61 kali: Empat individu ditahan bantu siasatan di Ketereh malam tadi - Ketua Polis Kelantan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.49 pagi, kontrak November 2024 meningkat 1.5 mata kepada 1,596.0 dan Disember 2024 naik setengah mata kepada 1,599.5.

Kontrak Mac 2025 merosot 1.5 mata kepada 1,586.0 dan Jun 2025 tidak berubah pada 1,596.0.  

Jumlah dagangan sebanyak 1,266 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,977 kontrak.

Sementara itu, petunjuk pasaran FBM KLCI naik 5.63 mata kepada 1,598.07 daripada 1,592.44 pada Jumaat lepas pada 9.49 pagi.  

-- BERNAMA