BERITA TERKINI   NAIO sedang membangunkan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 untuk menetapkan hala tuju penggunaan AI yang bertanggungjawab dan inovatif pada masa depan -- Gobind Singh | Mohamad Sabu terima rawatan rutin di IJN, keadaan stabil dan dinasihatkan berehat kerana terdapat simptom keletihan - Pejabat Menteri | SPR ambil maklum pembubaran DUN Sabah, mesyuarat khas akan diadakan bincang tarikh penting PRN | Kerajaan optimis sektor inap desa jana pendapatan sehingga RM200 juta pada 2026, tarik lima juta pelancong menjelang 2030 - Ahmad Zahid | Kerajaan mahu inap desa jadi kebanggaan, simbol hospitaliti negara di mata dunia pada Tahun Melawat Malaysia 2026 - Ahmad Zahid | 

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Tidak Berubah Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka tidak berubah minggu depan dalam persekitaran permintaan baharu daripada pasaran destinasi.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata ia juga dalam persekitaran kenaikan premium minyak sawit berbanding minyak kacang soya yang dilihat ketiadaan permintaan.

Bagaimanapun, beliau berkata bekalan minyak sawit dijangka terhad dan situasi itu akan berlanjutan jika Indonesia memulakan mandat biodiesel B40 mengikut jadual mulai 01 Januari, 2025.

Duti eksport bagi MSM, yang kini pada US$124 satu tan, boleh meningkat kepada US$178 setan, katanya.

“Ini adalah senario yang ideal untuk minyak sawit Malaysia kekal lebih tinggi walaupun berdepan tekanan daripada pasaran minyak kacang soya yang semakin lemah.

“Sementara itu, eksport minyak sawit Malaysia untuk tempoh 1 hingga 15 November mungkin akan terus jatuh kepada dua digit,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta November 2024 susut RM9 kepada RM5,151, Disember 2024 jatuh RM25 kepada RM5,119 dan Januari 2025 merosot RM13 kepada RM5,088 satu tan.

Sementara itu, kontrak Februari 2025 dan Mac 2025 menambah RM14, masing-masing kepada kepada RM5,053 and RM4,952 manakala April 2025 naik RM9 kepada RM4,830 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 765,457 lot daripada 461,460 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka turun kepada 112,146 kontrak daripada 239,911 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi November Selatan meningkat RM10 kepada RM5,170 satu tan.

-- BERNAMA