WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin Dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik

06/02/2026 12:33 AM

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Pelumba JDT Racing Team Hafizh Syahrin Abdullah dinobatkan sebagai Pelumba Antarabangsa Terbaik pada Malam Anugerah Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) 2025 di sini hari ini.

Memasuki edisi kelima, anugerah tersebut turut mengiktiraf penunggang Honda Racing Malaysia Azroy Hakeem Anuar sebagai Pelumba Kebangsaan Terbaik, manakala juara Kejohanan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 Qabil Irfan Azlan merangkul gelaran Penunggang Muda Terbaik.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Dr K. Nagulendran serta Presiden MAM Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Dalam ucapannya, Mokhzani berkata anugerah berkenaan bukan sahaja kejayaan kepada pemenang, tetapi juga pengiktirafan terhadap disiplin, ketahanan dan profesionalisme di setiap peringkat dalam sukan permotoran.

“Dengan pengembangan kepada 30 kategori anugerah, kami memastikan setiap laluan, daripada pembangunan akar umbi sehingga ke kejohanan antarabangsa, diiktiraf dan dihargai.

“Platform ini mencerminkan sejauh mana sukan permotoran Malaysia telah maju, serta hala tuju yang sedang dihadapi,” katanya.

 

Berikut senarai penuh pemenang Anugerah MAM 2025:  

 

  1. Pelumba Underbone Kebangsaan Terbaik – Ahmad Afif Amran
  2. Pelumba Underbone Antarabangsa Terbaik – Ahmad Afif Amran
  3. Pelumba Kebangsaan Terbaik – Azroy Hakeem Anuar
  4. Pelumba Antarabangsa Terbaik – Hafizh Syahrin Abdullah
  5. Pelumba Wanita Terbaik – Saidatul Zakirah Zairin
  6. Pelumba Muda Terbaik – Qabil Irfan Azlan
  7. Pasukan 2-Wheel Kebangsaan Terbaik – Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing
  8. Pasukan 2-Wheel Antarabangsa Terbaik – Idemitsu Honda Racing Malaysia
  9. Peserta E-Motorsports Terbaik – Naquib Nor Azlan
  10. Pelumba Drift Terbaik – Kuah Ming Hui 
  11. Pemandu Gymkhana Kebangsaan Terbaik – Stella Sigi
  12. Pelumba Kart Kebangsaan (Kadet) Terbaik – Aydrae Amit Janardhan Logan
  13. Pelumba Kart Kebangsaan (Junior) Terbaik – Slabbert Mika Francois
  14. Pelumba Kart Kebangsaan (Senior) Terbaik – Zarief Rayqal Fahruddin
  15. Pemandu Kebangsaan Terbaik – Aaron Hakim Mohamad Haikal
  16. Pemandu Antarabangsa Terbaik – Naquib Nor Azlan
  17. Pemandu Wanita Terbaik – Kuah Ming Hui 
  18. Pemandu Muda Terbaik – Slabbert Mika Francois
  19. Pasukan 4-Wheel Terbaik Kebangsaan – HIREV Dream Chaser
  20. Pasukan 4-Wheel Terbaik Antarabangsa – Wing Hin Motorsports
  21. Laporan Terbaik (Media Elektronik) – Norsyafarina Nasrom (Astro Arena)
  22. Laporan Terbaik (Dalam Talian/Media Sosial) – Mohd Hilmie Hussin (Flash Sukan)
  23. Laporan Terbaik (Media Cetak) – Muhammad Riduan Mohd Hanafiah (Kosmo)
  24. Foto Terbaik – Muhammad Afiq Azlan (Two Wheels Media)
  25. Penganjur Terbaik – Kelab Sukan Bermotor Pulau Pinang
  26. Anugerah Wanita Cemerlang dalam Sukan Permotoran – Mashithah Hashim
  27. Atlet Paling Memberi Inspirasi – Hakim Danish Ramli
  28. Anugerah Kecemerlangan Industri – RCB
  29. Ikon Sukan Permotoran Malaysia – Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel
  30. Dewan Kemasyhuran Sukan Permotoran Malaysia 

a. Sam Hogg

b. Mia Sharizman Ismail

c. Mohd Azhari Mohammad

d. Dr Nor Azlin Zainal Abidin

e. Mashithah Hashim

f. Allahyarham Norhayati Md Ali

 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan