KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026 meskipun mengikat wakil kelab dari Vietnam, Nam Dihn FC 1-1 di Stadium Thien Truong malam ini.
Keputusan itu menyaksikan pasukan Harimau Selatan berada pada kedudukan kedua saingan peringkat Kumpulan B dengan 11 mata, manakala Nam Dihn menjuarai kumpulan itu dengan 13 mata.
Dalam perlawaan berkenaan, kedua-dua pasukan bermula dengan garang dalam usaha memburu jaringan pada babak pertama.
Skuad JDT di bawah kendalian Xisco Munoz hampir membolosi gawang tuan rumah pada minit ke-15 apabila Muhammad Syahmi Safari mengambil sepakan percuma yang diberikan oleh pengadil, namun dinafikan kehebatan penjaga gol Nguyen Manh Tran.
Pasukan tuan rumah berhasil membuka akaun jaringan pada minit ke-33 selepas Nguyen Van Vi merembat masuk bola yang termuntah daripada sepakan penalti rakan sepasukan Caio Cesar.
Bersambung pada babak kedua, Malaysia yang terlepas beberapa percubaan akhirnya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Bergson da Silva pada minit ke-89 dan keputusan kekal 1-1 sehingga wisel penamat.
JDT selaku naib juara Kumpulan B dijadualkan berdepan dengan Buriram United pada Mei ini, manakala Selangor akan menentang Nam Dihn.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial