WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Bekas Kapten Terengganu Zulharisam Awang Meninggal Dunia

05/02/2026 09:13 PM

KUALA NERUS, 5 Feb (Bernama) -- Legenda bola sepak Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia di kediamannya di Kampung Wakaf Baharu di sini petang tadi.

Menurut kenyataan Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), bekas kapten pasukan Terengganu itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 51 tahun, kira-kira 6.20 petang akibat penyakit dalaman.

Kenyataan itu memaklumkan Allahyarham yang berkhidmat sebagai Pembantu Khidmat Am (Pembantu Operasi) Pusat Sukan dan Rekreasi UniSZA dikejarkan ke Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) sekitar 1 petang tadi disebabkan penurunan paras oksigen.

“Allahyarham dibenarkan pulang petang tadi atas nasihat doktor. Beliau meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

“Bulan Januari lepas genaplah 17 tahun perkhidmatan beliau dengan Pusat Sukan dan Rekreasi UniSZA,” menurut kenyataan itu.

Zulharisam yang bermain di posisi pertahanan pernah membantu Terengganu menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama pada 2001 setelah menewaskan Perak 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit  Jalil.

-- BERNAMA


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan