WILAYAH - SABAH > BERITA

PRK: 55.06 Peratus Keluar Mengundi Bagi Parlimen Kinabatangan, 64.93 Peratus DUN Lamag

24/01/2026 11:47 PM

KINABATANGAN, 24 Jan (Bernama) -- Sebanyak 55.06 peratus daripada pemilih berdaftar telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun berkata bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pula, 64.93 peratus pemilih telah keluar mengundi.

“SPR ingin memaklumkan bahawa keputusan PRK Parlimen Kinabatangan telah dimenangi oleh Mohd Kurniawan Naim Moktar (Naim Moktar) daripada Barisan Nasional (BN) dengan jumlah 19,852 undi dan majoriti sebanyak 14,214 undi.

“Keputusan pengundian PRK DUN Lamag, Sabah pula dimenangi Mohd Ismail Ayob (Miha) daripada BN dengan jumlah 7,269 undi dan majoriti sebanyak 5,681 undi,” katanya dalam kenyataan malam ini .

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan