WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Larangan Bawa Haiwan Peliharaan Ke Pusat Beli-belah Masih Kekal - Exco Selangor

17/12/2025 09:59 PM

SHAH ALAM, 17 Dis (Bernama) -- Larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah di Selangor masih kekal, kata Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim.

Beliau berkata dasar berkenaan masih berkuat kuasa, namun kerajaan negeri akan meneliti semula garis panduan sedia ada dalam menjaga keharmonian masyarakat.

“Kita di Selangor sebagai satu negeri maju dan bertaraf antarabangsa, semua langkah-langkah terkait dengan polisi antarabangsa, kita cuba akan teliti. Seperti di negara tertentu (dasar mereka) mereka memang mesra (haiwan peliharaan), boleh bawa haiwan ke sini, ke sana, masuk ke pusat beli-belah dan sebagainya. 

“Bagaimanapun, berdasarkan budaya kita yang pelbagai kaum dan sebagainya, kita perlu teliti sama ada semua langkah mereka itu boleh atau sesuai diguna pakai di semua tempat, di pusat beli-belah dan sebagainya,” katanya. 

Ng berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Op Terjah Pembersihan Awam di Seksyen 7 di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Urusan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) Datuk Ramli Mohd Tahir

Beliau mengulas tindakan sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang yang membenarkan pengunjung membawa haiwan peliharaan masuk ke premis itu.  

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan