KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- AIA Malaysia telah dinobat sebagai syarikat ‘Million Dollar Round Table’ (MDRT) nombor satu di Malaysia, menjadikan ia kejayaannya buat kali kesembilannya.
MDRT ialah persatuan global bagi profesional kewangan terkemuka di dunia.Keahlianini diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai standard kecemerlangan dalam insurans hayat dan perkhidmatan kewangan, yang mana memerlukan ahli untuk memenuhi penanda aras pencapian yang ketat serta mengekalkan tahap etika dan profesionalisme tertinggi.
Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata seramai 870 (ahli) mencapai kelayakan MDRT, merangkumi 14 ahli ‘Top of the Table’ (TOT), 74 ahli ‘Court of the Tables’ (COT), dan 782 ahli berstatus MDRT tahun ini.
AIA berkata pencapaian ini mengukuhkan penerajuan globalnya dengan 19,358 ahli berkelayakan MDRT direkodkan di seluruh pasarannya setakat Julai 2025.
"Ia juga menandakan tahun ke-11 berturut-turut AIA Group diiktiraf sebagai syarikat multinasional MDRT utama di dunia sekaligus membuktikan kekuatan serantau dan komitmen berterusan kumpulan untuk membangunkan pasukan agensi profesional bertaraf dunia," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Malaysia, Ben Ng berkata pencapaian tersebut mencerminkan komitmen syarikat untuk membangunkan pasukan agensi paling profesionalyang menyokong pelanggan dalam menjalani kehidupan lebih sihat, lebih berpanjangan dan bermakna sambil memberikan ketenangan fikiran kepada diri mereka dan orang tersayang.
"Sebagai peneraju utama dalam bilangan ahli berkelayakan MDRT, kami sekali lagi menjadi penanda aras bagi kecemerlangan di Malaysia," katanya.
Selain itu, AIA Malaysia juga meraih penganugerahan dalam rangking MDRT 2025, termasuk kedudukan 20 syarikat Terbaik Global, 15 Teratas mengikut Kadar Pengekalan, dan 20 Teratas mengikut Bilangan Ahli Wanita.
Pencapaian ini mencerminkan tumpuan berterusan AIA Malaysia untuk membimbing penasihat utama profesional yang bermotivasi melalui latihan bertaraf dunia, alatan digital canggih dan budaya kecemerlangan perkhidmatan yang tinggi.
AIA Malaysia merupakan sebahagian daripada AIA Group, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Secara bersama, AIA Bhd, AIA PUBLIC Takaful Bhd, AIA General Bhd dan AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd, mereka telah menyediakan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia selama lebih 75 tahun.
Sebagai antara penyedia insurans dan takaful utama di negara ini, AIA Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian konvensional dan patuh Syariah yang inovatif dan komprehensif merangkumi perlindungan hayat dan kesihatan, takaful keluarga, manfaat pekerja, motor, kemalangan diri, gadai janji, insurans komersial dan skim persaraan yang memenuhi keperluan kesihatan, harta dan keperluan perlindungan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial