WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Mesir Usahakan Gencatan Senjata 60 Hari Di Gaza

30/06/2025 12:17 PM

ISTANBUL, 30 Jun (Bernama-Anadolu) -- Menteri Luar Mesir pada Ahad berkata negaranya sedang berusaha merangka satu perjanjian baharu Gaza yang merangkumi gencatan senjata selama 60 hari, sebagai pertukaran bagi pembebasan beberapa tawanan Israel serta kemasukan segera bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dikepung itu, lapor agensi Anadolu Ajansi (AA).

“Kami sedang berusaha ke arah penyelesaian berkekalan dan gencatan senjata menyeluruh,” kata Badr Abdelatty dalam satu wawancara yang disiarkan di saluran televisyen tempatan, OnTV.

Beliau menjelaskan, cadangan itu merupakan usaha bersama Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat dan disifatkan sebagai “langkah pertama” ke arah gencatan senjata yang mampan.

“Apa yang dibentangkan kini ialah satu gencatan selama 60 hari, sebagai pertukaran bagi pembebasan sejumlah tawanan Israel serta penghantaran segera bantuan ke Gaza, termasuk bekalan perubatan,” katanya.

Langkah ini dijangka “mewujudkan momentum ke arah gencatan senjata yang berkekalan, seterusnya membuka jalan kepada pelaksanaan perjanjian 19 Jan,” katanya.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan