KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan pelbagai inisiatif baharu bagi memartabatkan sektor perikanan negara ke tahap yang lebih moden dan berdaya saing, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata antara inisiatif tersebut merangkumi penaiktarafan teknologi dan kemudahan, pemantapan ekosistem keusahawanan serta sokongan menyeluruh kepada pemain industri.
“Langkah ini penting agar sektor perikanan bukan sahaja mampu menjana pendapatan mampan, malah menjamin masa depan yang lebih bermaruah, lestari dan sejahtera, khususnya untuk nelayan dalam kalangan B40,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Mohamad berkata inisiatif itu antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan dan Pemerkasaan Nelayan (JPT-PPN) Bil. 1/2025 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Tani, Putrajaya, yang turut dihadirinya hari ini.
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa lebih ramai anak muda menyahut cabaran dalam bidang tersebut menerusi penyertaan di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Lumut, Perak, yang menawarkan latihan teknikal serta pakej keusahawanan lengkap termasuk bantuan geran.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial