MINA, 7 Jun (Bernama-SPA) -- Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi Sheikh Abdullatif Al Alsheikh pada Jumaat mengadakan pertemuan dengan tokoh Islam Malaysia yang menyertai Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci bagi Haji, Umrah dan Ziarah anjuran kementerian itu.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), delegasi Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kepimpinan Arab Saudi atas layanan istimewa dan perhatian yang diberikan kepada jemaah, serta penganjuran cemerlang yang memastikan kelancaran ibadah sepanjang musim haji.
Mereka turut memuji peranan utama Kerajaan Arab Saudi dalam memartabatkan Islam dan umatnya, selain menekankan usaha berterusan kementerian dalam menyebarkan nilai kesederhanaan serta mempromosikan imej Islam yang sebenar.
-- BERNAMA-SPA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial