PUTRAJAYA, 5 Jun (Bernama) -- Selaras dengan ketibaan Aidiladha Sabtu ini, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) terus memperkukuh kesiapsiagaan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan, dengan menambah jumlah kaunter dan petugas bagi mempercepatkan proses pemeriksaan dokumen urusan keluar masuk pelawat.
Komander AKPS Rantau Panjang Siti Khadijah Hamzah berkata pihak berkuasa tempatan akan bekerjasama erat dengan pihak berkuasa Thailand bagi memastikan penyelarasan sempadan berjalan lancar susulan jangkaan peningkatan jumlah pelawat dari dalam dan luar negara dalam tempoh berkenaan.
“Pihak berkuasa termasuk AKPS, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Jabatan Sukarelawan Malaysia akan menjalankan pemantauan rapi bagi menjamin keselamatan awam serta mencegah sebarang aktiviti penyeludupan atau jenayah rentas sempadan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan lebih awal, mematuhi semua peraturan dan membawa dokumen sah seperti pasport atau dokumen perjalanan yang diperlukan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial