JOHOR BAHRU, 1 Jun (Bernama) -- Semakan status terhadap penceramah agama bukanlah satu tindakan bermusim atau bersasar kepada mana-mana individu tertentu, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid.
Beliau berkata sebaliknya, tindakan itu adalah pelaksanaan berterusan berpandukan Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.
"Kita tidak pernah tumpu pada mana-mana individu... siapa yang nak menyampaikan ceramah di Johor perlu bertauliah, tiada pengecualian… itu sahaja kita nak pesan, sila buat permohonan,” katanya kepada pemberita di kediaman keluarga jemaah haji Misnan Ahmad, 60, yang meninggal dunia di Makkah semalam.
Khamis lepas, seorang penceramah tempatan berusia 50 tahun telah ditahan pada kira-kira 8.30 malam oleh Bahagian Penguatkuasan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki memberi ceramah tanpa tauliah di sebuah rumah dekat Pasir Gudang.
Semalam, Pengarah JAINJ Nasri Md Ali ketika dihubungi berkata penceramah itu telah dibebaskan sehari selepas penahanannya dan akan dipanggil semula pada 3 Julai depan bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial