Selasa, 07 April 2020
SABAH & SARAWAK
26/03/2020 09:35 PM

SIBU, 26 Mac  -- Seorang individu berhati mulia apabila hari ini menyumbangkan sebuah mesin Real Time Polmerase Chain Reaction (PCR) Detection System berharga RM148,000 untuk kegunaan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Sibu menjalankan ujian pengesanan jangkitan COVID-19.

Sumbangan daripada penderma enggan dikenali itu dibuat melalui Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dr Annuar Rapa’ee, yang menyerahkan peralatan tersebut kepada Pengarah Hospital Sibu, Dr Mohamad Ng Siah Huat pada satu majlis ringkas di sini.

Dr Annuar berkata sumbangan itu menjadikan pusat itu sekarang dilengkapi dua unit mesin berkenaan dan sekali gus meningkatkan lagi kemampuannya untuk menjalankan ujian pengesanan jangkitan COVID-19 di daerah ini dan sekitarnya.

“Mesin baharu ini diterbangkan khas dari Kuala Lumpur hari ini dan ia tambahan kepada mesin yang sedia ada di Hospital Sibu. Takut ada breakdown (kerosakan) jadi perlu ada dua unit. Terima kasih kepada hamba Allah yang menderma,” katanya.

Selain itu, Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka berkata Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu akan mula mengedarkan barangan makanan dan keperluan harian, esok dan lusa kepada hampir 2,000 penduduk di sini, bagi mengurangkan beban mereka semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan