KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Skuad Harimau Malaya Bawah 23 Tahun (B-23) kendalian Nafuzi Zain diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Indonesia, Filipina dan Brunei bagi saingan Piala Mandiri B-23 ASEAN 2025 di Jakarta, dari 15 hingga 29 Julai ini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Malaysia akan memulakan kempen menentang Filipina pada 15 Julai, diikuti perlawanan menentang Brunei pada 18 Julai sebelum melengkapkan aksi kumpulan berdepan Indonesia pada 21 Julai.
Kesemua perlawanan Kumpulan A dijadual berlangsung di Gelora Bung Karno, Jakarta.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir yang dijadual pada 25 Julai, manakala perlawanan penentuan tempat ketiga serta final akan berlangsung pada 29 Julai.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial