Bitget Meningkatkan Pegangan Pasaran dalam Sorotan Laporan Bulanan April 2025

19/05/2025 03:38 PM

VICTORIA, Seychelles, 19 Mei (Bernama) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, telah mengeluarkan Laporan Ketelusan edisi April 2025, yang menyerlahkan pertumbuhan, pencapaian kawal selia dan momentum yang berterusan sepanjang bulan tersebut melalui inovasi yang konsisten dan pelaksanaan yang kukuh walaupun pasaran mengalami ketidaktentuan yang lebih luas.

Dalam bulan yang dilihat mencatat pembetulan pasaran dan sikap berhati-hati pelabur, Bitget mencatatkan jumlah perdagangan niaga hadapan sebanyak $757.6 bilion, yang mewakili pertumbuhan sebanyak 17.3% bulan ke bulan. Jumlah perdagangan spot juga meningkat kepada $68.6 bilion, dan angka ini dianggap melawan arus kemerosotan industri dalam pelbagai sektor. Keuntungan ini menyumbang kepada kebangkitan Bitget sebagai bursa kripto ketiga terbesar berdasarkan jumlah dagangan, dengan pegangan pasaran sebanyak 7.2% serta mencerminkan prestasi kukuh dan momentum berterusan dalam persekitaran pasaran yang kompetitif. Menurut Coingecko dan WuBlockchain, Bitget berlawanan dengan trend bursa yang lebih luas, dan terus meningkatkan pegangan pasaran di saat bursa lain mengalami penyusutan. Jumlah pengguna Bitget juga telah melangkaui 120 juta orang dan ini menandakan usaha libat urus yang kukuh oleh platform tersebut serta kepercayaan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan Bitget.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan