SIARAN MEDIA EKSKLUSIF

United Kingdom, Belanda, Mesir Dan Arab Saudi Antara Yang Berkemungkinan Menjadi Pemenang Dalam Perubahan Aturan Dunia

LONDON, 28 Mei (Bernama) -- Indeks Kerumitan Perniagaan Global (GBCI) mengkaji lebih 250 penunjuk kerumitan dalam 79 bidang kuasa yang mewakili 94% daripada KDNK dunia. Kerumitan yang diukur dalam laporan tersebut merupakan beban besar yang menghalang inovasi tempatan dan mengurangkan pelaburan langsung asing tanpa manfaat sosial yang jelas. Laporan itu secara konsisten menunjukkan bahawa negara-negara di Eropah Selatan dan Amerika Latin merupakan rantau yang paling rumit untuk menjalankan perniagaan, malah keadaan ini masih berlarutan sehingga tahun 2025. Sebaliknya, tempat yang kelihatan paling kurang rumit untuk menjalankan perniagaan ialah Eropah Utara serta beberapa hab pelaburan luar pesisir. Kesemua negara tersebut bersaing untuk menarik pelaburan berdasarkan kemudahan menjalankan perniagaan, dengan mengenakan syarat yang kurang membebankan serta kaedah yang lebih cekap bagi syarikat menguruskan syarat tersebut. Laporan tersebut menyatakan bahawa kerumitan peraturan masih boleh diatasi, sekurang-kurangnya bagi syarikat multinasional besar yang mampu menanggung kos pematuhan terhadap peraturan tempatan. Namun, apa yang jauh lebih sukar untuk dihadapi ialah ketidakpastian. Sekatan yang diterajui AS, sekatan pergerakan di China dan sekatan Terusan Suez telah mula mengubah corak globalisasi ke arah rantaian bekalan yang lebih pelbagai. Dalam masa yang sama, syarikat-syarikat berusaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap satu-satu negara untuk mendapatkan sumber, membina atau menjual produk. Kebangkitan ekonomi penghubung seperti Mexico, Filipina dan Vietnam, yang memainkan peranan sebagai jambatan perdagangan antara China dan AS dalam strategi yang dikenali sebagai ‘China plus one’ merupakan salah satu penyelesaian yang diketengahkan dalam laporan tahun lalu. Namun, strategi itu kini terjejas akibat tarif yang dikenakan oleh AS, yang ditetapkan berdasarkan lebihan dagangan sesebuah negara dengan AS, sekaligus memberikan kesan yang negatif kepada negara yang mempunyai status sebagai ekonomi penghubung. [ baca lagi ]
19jam lalu
 LAGI BERITA
 MENARIK

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan