SUKAN > BERITA

Perak Sasar Kedudukan Tiga Teratas Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan 2025

29/05/2025 03:41 PM

IPOH, 29 Mei (Bernama) -- Kontinjen Perak menyasarkan berada pada kedudukan tiga teratas pada Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan 2025, yang akan berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata seramai 43 peserta, terdiri daripada peserta dewasa dan kanak-kanak daripada Persatuan Memanah Negeri Perak akan menyertai kejohanan itu, yang berlangsung selama dua hari bermula 31 Mei ini.

“Besar harapan kita akan beroleh kejayaan pada kejohanan kali ini, kerana kejohanan yang sebelum ini kita berada pada kedudukan kelima.

“Sasaran ini juga diletakkan selepas kita cuba memperbaiki kedudukan tersebut dengan persiapan, latihan dan pemilihan yang telah dilakukan secara berkala oleh persatuan ini,” katanya.

Penganjuran kejohanan kebangsaan kali ketiga itu, bakal melibatkan penyertaan lebih 700 pemanah tradisional dari seluruh negara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan