Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah dalam kebimbangan mengenai permintaan yang rendah daripada sektor automotif China, kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh jangkaan pengeluaran getah asli yang tinggi di negara-negara pengeluar utama.
“Sentimen pasaran terus terjejas oleh penurunan harga minyak mentah, tekanan inflasi yang meningkat dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS.
“Bagaimanapun, tekanan penurunan sebahagiannya diimbangi oleh petunjuk pembinaan semula inventori di Amerika Syarikat (AS) dan peningkatan pelaburan berterusan dalam sektor pembuatan tayar global,” katanya kepada Bernama.
Katanya niaga hadapan getah Jepun menyusut hari ini untuk sesi dagangan ketiga berturut-turut, didorong oleh permintaan bermusim yang rendah, jualan automotif yang lembap dan jangkaan peningkatan aktiviti menoreh getah di negara-negara pengeluar.
Selain itu, katanya harga minyak diniagakan rendah pada Rabu berikutan serangan baharu AS-Iran yang mewujudkan semula kebimbangan mengenai bekalan dan keraguan terhadap gencatan senjata yang tidak stabil.
Setakat ini, harga minyak mentah Brent menurun 0.30 peratus kepada US$91.18 setong.
Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 berkurangan 10.5 sen kepada 911.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 3.5 sen kepada 768.0 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial