Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki penurunan dalam pasaran COMEX AS di tengah-tengah aktiviti jualan berterusan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata logam berharga itu jatuh menuju ke paras US$4,200 apabila peniaga jangka pendek terus menjual selepas berlaku pemecahan teknikal 6 Jun ke bawah purata pergerakan 200 hari.
“Pemecahan ini mengalihkan emas daripada peruntukan jangka panjang kepada pasaran dagangan jangka pendek,” katanya kepada Bernama.
Menurut Innes, penjualan besar-besaran logam itu tidak dipacu oleh penetapan semula aset yang meluas tetapi disebabkan oleh penyingkiran kedudukan spekulatif menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat Mei lewat hari ini.
Pada penutupan, kontrak bulan semerta Jun 2026 berkurangan kepada US$4,180.30 setiap auns troy daripada US$4,346.50 setiap auns troy yang dicatatkan pada Selasa, Julai 2026 jatuh kepada US$4,195.30 setiap auns troy daripada US$4,358.50 dan Ogos 2026 susut kepada USS$4,211.0 setiap auns troy daripada US$4,373.20.
Kontrak September 2026 mengukuh kepada US$4,215.50 setiap auns troy daripada US$4,377.70, manakala Oktober 2026 menurun kepada US$4,234.60 setiap auns troy daripada US$4,396.80 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan meningkat kepada 26 lot berbanding 11 lot yang disaksikan semalam, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 77 kontrak daripada 65 kontrak.
Sementara itu, pada penetapan tengah hari 9 Jun 2026 di London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,326.75 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial