Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia menongkah arus aliran serantau untuk ditutup lebih rendah pada Khamis, apabila tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi perbankan terpilih melembapkan sentimen, dengan ketiadaan pemangkin domestik baharu digandingkan dengan kumpulan keluaran pendapatan korporat yang tidak memberangsangkan, kata penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.50 mata atau 0.29 peratus kepada 1,518.98 daripada 1,523.48 ketika ditutup pada Rabu.
Indeks penanda aras dibuka 2.12 mata lebih tinggi pada 1,525.60 dan turun naik antara 1,518.38 dan 1,526.94 sepanjang hari.
Dalam pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 478 kepada 466, manakala 460 kaunter tidak berubah, 982 kaunter tidak diniagakan dan 110 digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.30 bilion unit berjumlah RM2.22 bilion berbanding 2.50 bilion unit bernilai RM2.03 bilion pada Rabu.
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangkakan indeks utama mungkin cuba mencari kestabilan melebihi paras 1,500 di sebalik potensi belian semasa harga rendah, dan seterusnya.
“Namun, kami percaya bahawa sebarang potensi keuntungan boleh dihadkan oleh penyambungan semula aliran keluar dana asing.
“Menuju ke hadapan, pelabur akan mengawasi dengan rapat bacaan kedua data keluaran dalam negara kasar Amerika Syarikat suku pertama 2025 yang akan dikeluarkan lewat malam ini,” katanya kepada Bernama.
Di dalam negara, Leong berkata tumpuan utama kekal kepada keluaran pendapatan korporat yang berterusan.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata pengeluaran minit Rizab Persekutuan AS (Fed) yang terkini terbukti penting.
“Pengesahan Fed mengenai pendirian berhati-hatinya, menyerlahkan tekanan inflasi yang berterusan dan data makroekonomi AS yang berdaya tahan, sekali gus telah meredakan jangkaan pasaran dengan berkesan untuk penurunan kadar jangka terdekat.
“Penentukuran semula dalam tinjauan kadar ini diterjemahkan kepada tekanan menaik ke atas hasil global, dinamik di mana indeks penanda aras berat perbankan Malaysia kekal sangat sensitif,” katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM9.87 dan CIMB meningkat satu sen kepada RM6.88.
Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing susut dua sen kepada RM4.31 dan RM14.08, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.91.
Bagi kaunter cergas, Permaju turun setengah sen kepada satu sen dan Nationgate berkurang 14 sen kepada RM1.44. manakala Velesto dan NexG masing-masing menambah satu sen kepada 18.5 sen dan 37.5 sen. MYEG tidak berubah pada 89 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 14.84 mata kepada 11,382.33, Indeks FBM ACE naik 42.82 mata kepada 4,592.16, tetapi Indeks FBMT 100 susut 19.34 mata kepada 11,142.02.
Indeks FBM Emas Shariah merosot 9.68 mata kepada 11,365.83 manakala Indeks FBM 70 naik 25.65 mata kepada 16,332.31.
Di seluruh sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 64.33 mata kepada 17,893.57, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.32 mata kepada 153.02, Indeks Tenaga menambah 1.67 mata kepada 708.18, manakala Indeks Perladangan meningkat 1.40 mata kepada 7,293.95.
Jumlah dagangan Pasaran Utama mengukuh kepada 1.56 bilion unit berjumlah RM1.93 bilion berbanding 1.34 bilion unit bernilai RM1.80 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran menambah kepada 1.37 bilion unit berjumlah RM164.04 juta daripada 815.91 juta unit berjumlah RM113.60 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE menokok kepada 364.60 juta saham berjumlah RM120.88 juta daripada 346.43 juta saham bernilai RM119.44 juta semalam.
Kaunter perkhidmatan dan produk pelanggan menyumbang kepada 354.51 juta saham didagangkan pada Pasaran Utama, perkhidmatan dan produk perindustrian (317.02 juta), pembinaan (98.30 juta), teknologi (235.43 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (70.33 juta), hartanah (170.33 juta), perladangan (14.93 juta), REIT (88.90 juta), dana tertutup (2,700), tenaga (150.03 juta), penjagaan kesihatan (36.24 juta), telekomunikasi dan media (56.54 juta), pengangkutan dan logistik (15.65 juta), utiliti (34.86 million), dan amanah perniagaan (23,400).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial