EKONOMI

Bina Puri Dapat Kelulusan Prinsipal Daripada Pembiaya Bagi Skim Penstukturan Semula

29/06/2026 08:38 PM

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bina Puri Holdings Bhd memperoleh kelulusan prinsipal daripada pihak pembiaya yang mengambil bahagian bagi cadangan skim penstrukturan semula (PRS) miliknya, susulan proses pengantaraan oleh Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat (CDRC).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Bina Puri menyatakan CDRC memaklumkan kepada syarikat bahawa pihak pembiaya yang mengambil bahagian dan mewakili sekurang-kurangnya 75 peratus daripada nilai keseluruhan hutang, meluluskan terma dan syarat PRS tersebut.

 Jawatan kuasa di bawah seliaan Bank Negara Malaysia itu memaklumkan, PRS itu kini mengikat semua pemberi pinjaman yang mengambil bahagian menurut Seksyen 8.8 Kod Tatakelakuan CDRC.

Bina Puri menjelaskan mesyuarat skimnya akan diadakan pada 30 Jun, 2026 atau pada mana-mana tarikh penangguhan mesyuarat itu bagi membolehkan pemiutang skim syarikat mempertimbangkan dan jika dipersetujui, meluluskan cadangan skim pengaturan tersebut.

Awal tahun ini, Bina Puri mengumumkan ia memperoleh lanjutan selama enam bulan bagi tempoh penangguhan pembayaran hutang secara tidak formal daripada CDRC.

Ini sekali gus melanjutkan tempoh penangguhan itu hingga 6 Ogos, 2026 bagi memberi lebih masa kepada kumpulan untuk memuktamadkan pelan penstrukturan semulanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan