KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, mencerminkan pasaran COMEX AS yang lemah selepas para pelabur mula mengambil untung.
Pada penutupan, kontrak bulan semerta Jun 2026 meningkat kepada US$4,484.50 setiap auns troy daripada US$4,484.20 setiap auns troy yang dicatatkan pada penutupan Khamis; Julai 2026 turun kepada US$4,499.20 setiap auns troy daripada US$4,499.40 dan Ogos 2026 jatuh kepada US$4,513.90 setiap auns troy daripada US$4,515.80.
Kontrak September 2026 susut kepada US$4,518.40 setiap auns troy daripada US$4,520.30, dan Oktober 2026 melemah kepada US$4,522.90 setiap auns troy daripada US$4,524.80 setiap auns troy sebelum ini.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 11 lot berbanding 19 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 60 kontrak daripada 69 kontrak.
Sementara itu, berdasarkan penetapan tengah hari 4 Jun di London Bullion Market Association, emas fizikal berada pada US$4,496.95 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial