SUKAN

Ee Wei Alami Kecederaan Lutut, Tarik Diri Terbuka Indonesia 2026 - BAM

01/06/2026 06:14 PM

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei mengalami kecederaan lutut ketika beraksi pada suku akhir Terbuka Singapura minggu lepas.

BAM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan hasil pemeriksaan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) mendapati Ee Wei mengalami koyakan separa ligamen krusiat anterior (ACL) pada lutut kiri.

"Susulan itu, Toh Ee Wei bersama pasangan beregu campurannya Chen Tang Jie menarik diri daripada kejohanan Terbuka Indonesia 2026," menurut kenyataan berkenaan.

Ee Wei dijadual menjalani pemeriksaan susulan MRI pada Jumaat sebelum pasukan perubatan BAM menentukan kaedah rawatan dan program pemulihan yang sesuai.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan