KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Saham Gamuda susut lima sen kepada RM4.42 dengan 2.54 juta saham diniagakan pada 10 pagi hari ini.
Dagangan saham Gamuda Bhd digantung selama satu jam pada 9 pagi dan disambung semula pada 10 pagi sementara menunggu pengumuman syarikat itu berkenaan penganugerahan kontrak, menurut makluman di Bursa Malaysia.
Gamuda memaklumkan anak syarikat milik penuhnya di Australia, DT Infrastructure, meraih dua kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) bernilai AU$1.1 bilion (RM3.12 bilion) untuk Stesen Jana Kuasa Solar Smoky Creek dan Guthrie’s Gap.
Pemaju itu menyatakan kontrak projek Stesen Jana Kuasa Solar Smoky Creek, bernilai AU$550 juta (RM1.56 bilion), dimeterai dengan Smoky Creek Solar Power Station Pty Ltd.
Sementara itu, kontrak EPC bagi Projek Stesen Jana Kuasa Solar Guthrie’s Gap, bernilai AU$550 juta (RM1.56 bilion), ditandatangani dengan Guthrie’s Gap Solar Power Station Pty Ltd.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial