DUNIA

Seorang Maut, Dua Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Indiana, AS

11/05/2026 01:47 PM

NEW YORK, 11 Mei (Bernama-Xinhua) -- Seorang remaja maut manakala dua yang lain cedera dalam insiden tembakan yang berlaku lewat Sabtu semasa satu parti selepas majlis tari-menari di sebuah kediaman di Pine Township, negeri Indiana, Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.

Pegawai polis dipanggil ke kediaman itu sejurus selepas 11 malam dan mendapati tiga individu telah ditembak. 

Seorang remaja lelaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi remaja turut ditembak, menurut polis Porter County.

Polis sedang menyiasat kejadian tembakan itu.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan