AM

Bandar Baharu Dilanda Banjir, Sebuah PPS Dibuka Tempatkan Tujuh Keluarga

09/05/2026 12:09 AM

ALOR SETAR, 8 Mei (Bernama) -- Hujan lebat berterusan selama dua jam menyebabkan beberapa kawasan di daerah Bandar Baharu, iaitu Mukim Sungai Batu, Mukim Selama, Mukim Bagan Samak dan Mukim Serdang dinaiki air malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata sebanyak 17 rumah terjejas setakat 11 malam ini.

“Sebanyak 12 rumah terjejas di Kampung Sungai Tengas, dua rumah di Kampung Air Itam Dalam dan masing-masing sebuah rumah di Kampung Cherok Meranti, Kampung Paya Salak dan Kampung Batu Hampar.

“Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka, iaitu di Dewan KEDA Sungai Tengas bagi menempatkan tujuh keluarga yang terjejas,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Abdul Rahim berkata keadaan di daerah berkenaan ketika ini masih hujan renyai dan paras air Sungai Tengas menunjukkan trend menaik.

Beliau bagaimanapun berkata paras air di Sungai Air Itam Dalam dan Kampung Cherok Meranti telah menunjukkan trend menurun.

Menurut Abdul Rahim, pihaknya melakukan pemantauan di Sungai Terunsing dan Sungai Terap Dalam yang kini masih berada pada paras bahaya manakala paras air di Sungai Punti berada pada paras normal.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan