PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Jabatan Audit Negara (JAN) menafikan sekeras-kerasnya penglibatan jabatan itu dalam sebarang urusan yang meminta bayaran bagi tujuan pengesahan audit, pelepasan dana atau pengeluaran sijil seperti yang didakwa menerusi surat dan iklan yang tular baru-baru ini.
JAN dalam kenyataan hari ini memaklumkan jabatan itu memandang serius kewujudan dokumen palsu yang menggunakan nama serta identiti berkaitan urusan audit dan tuntutan bayaran bagi External Audit Clearance Certificate (EACC).
“JAN juga mengesahkan surat yang tular itu adalah palsu, termasuk penggunaan nama dan tandatangan pegawai JAN tanpa kebenaran,” menurut kenyataan itu.
Justeru, JAN memaklumkan laporan polis telah dibuat berhubung penyalahgunaan identiti dan pemalsuan dokumen berkenaan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.
JAN turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terperdaya dan tidak membuat sebarang bayaran kepada mana-mana pihak yang mendakwa mewakili jabatan itu bagi tujuan audit atau pengeluaran sijil serta sentiasa berwaspada terhadap sebarang penyalahgunaan nama JAN.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial