KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, mencerminkan prestasi lebih lemah dalam pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat, apabila dolar AS yang lebih kukuh memberi tekanan kepada harga di tengah-tengah konflik AS-Iran.
Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan April susut kepada US$4,810.10 setiap auns troy daripada US$4,816.20 ketika ditutup pada Jumaat, dan kontrak Mei 2026 merosot kepada US$4,830.10 setiap auns troy berbanding US$4,836.20 setiap auns troy sebelumnya.
Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 semuanya ditutup lebih rendah pada US$4,848.60 setiap auns troy, berkurang daripada US$4,854.70 setiap auns troy.
Jumlah dagangan berada pada enam lot berbanding dengan 21 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka susut kepada 60 kontrak daripada 87 kontrak sebelumnya.
Emas fizikal berada pada US$4,870.50 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association setakat 17 April 2026.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial