EKONOMI

Saham United Plantations Susut Susulan Prestasi Suku Pertama

23/04/2026 10:54 AM

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Saham-saham United Plantations Bhd susut pada sesi dagangan awal hari ini susulan prestasi suku terbaharu syarikat yang mencatat keuntungan lebih rendah.

Pada 10.01 pagi ini, saham syarikat berkenaan susut 42 sen kepada RM33.30 dengan 140,000 saham saling berpindah tangan.

Semalam, syarikat perladangan kelapa sawit itu memaklumkan keuntungan bersih bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 merosot kepada RM160.65 juta daripada RM163.26 juta bagi suku sama tahun lepas.

Ini berikutan prestasi segmen penapisan yang lebih suram berikutan pengiktirafan kerugian lindung nilai serta pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, perolehan hasilnya meningkat sebanyak 23.8 peratus kepada RM640.58 juta daripada RM517.63 juta pada suku pertama tahun lepas.

"Pertumbuhan perolehan ini dipacu oleh segmen perladangan dan penapisan terutamanya disebabkan oleh peningkatan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit (PK) serta jumlah jualan lebih tinggi di pusat penapisan,” menurutnya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan