AM

Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian Alami Gangguan Bekalan Air 23 Jam Minggu Hadapan

15/04/2026 11:57 AM

JOHOR BAHRU, 15 April (Bernama) -- Tiga daerah iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian dijadual mengalami gangguan bekalan air terancang selama 23 jam pada 21 dan 22 April.

Operator air Johor Ranhill SAJ Sdn Bhd memaklumkan gangguan yang dijadual bermula pada 9 pagi Selasa hingga 8 pagi pada Rabu itu, bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Johor.

“Tangki simpanan air di setiap premis mampu bertahan sehingga 24 jam pada penggunaan normal dan sekiranya tiada tangki simpanan, pengguna dinasihatkan sediakan bekas simpanan air yang mencukupi,” menurut hantaran di laman Facebook syarikat itu.

Senarai penuh lokasi yang terlibat dengan gangguan di kawasan Tiram, Skudai, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Kota Tinggi dan Pontian itu, boleh disemak menerusi laman Facebook rasmi Ranhill SAJ - Setitis Yang Bermakna.

Pengguna juga disaran mendapatkan maklumat berkaitan gangguan bekalan air menerusi saluran rasmi aduan Ranhill SAJ menerusi talian 1800887474, atau e-mel customer.care@ranhillsaj.com.my atau SMS : ATRanhillSAJ Aduan ke nombor 63001.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan