KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Muhibbah Engineering (M) Bhd meraih kontrak bernilai RM120 juta daripada Gamuda Industrial Building System Sdn Bhd (GIBS) untuk kerja-kerja berkaitan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu menyatakan kontrak tersebut melibatkan kerja-kerja reka bentuk, pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan untuk penghadang bunyi dan penutup bagi Pakej CMC1, Sub-Pakej CNB1 projek berkenaan.
Ia memaklumkan bahawa kontrak tersebut dijadualkan bermula pada April 2026 dan dijangka siap pada suku ketiga 2030.
"Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Muhibbah sepanjang tempoh kontrak bagi tahun kewangan semasa dan tahun-tahun kewangan akan datang," tambah syarikat berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial