DUNIA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Selepas Harga Minyak Mentah, Soya Mengukuh

26/03/2026 09:36 PM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki pengukuhan dalam harga minyak mentah berikutan konflik yang semakin memanas di Asia Barat, kata seorang peniaga.

Sekarang ini, minyak mentah Brent meningkat 5.33 peratus kepada US$107.7 setong (US$1=RM3.95). 

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng berkata harga minyak kacang soya yang lebih tinggi turut menyokong pasaran.

“Kami melihat harga MSM disokong melangkaui RM4,500 satu tan, dengan rintangan pada RM4,680 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup, kontrak April 2026 meningkat sebanyak RM56 kepada RM4,501 satu tan, Mei 2026 naik RM79 kepada RM4,574 satu tan dan Jun 2026 menokok RM87 kepada RM4,583 satu tan.

Kontrak Julai 2026 melonjak RM88 kepada RM4,568 satu tan, Ogos 2026 bertambah RM85 kepada RM4,545 satu tan, manakala September 2026 lebih baik sebanyak RM83 kepada RM4,521 satu tan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 87,914 lot berbanding 90,703 yang dicatatkan pada Rabu, manakala kepentingan terbuka turun kepada 235,513 kontrak daripada 237,177 kontrak.

Harga fizikal MSM bagi April Selatan meningkat RM50 kepada RM4,550 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan