AM

913 Mangsa Banjir Di Kedah, Perak Masih Berlindung Di PPS

29/10/2025 12:29 AM

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Keadaan banjir di Kedah dan Perak menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 913 orang setakat malam ini berbanding 985 orang, petang tadi.

Di KEDAH, jumlah mangsa berkurangan sedikit apabila sebanyak 774 orang daripada 216 keluarga masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 781 orang daripada 217 keluarga direkodkan petang tadi

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah, daerah Pendang kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 577 orang daripada 161 keluarga masih berlindung di tiga PPS.

Sementara itu di Kota Setar, sebanyak 138 orang daripada 38 keluarga ditempatkan di satu PPS, manakala 59 orang daripada 17 keluarga di Pokok Sena masih berlindung di satu PPS.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 139 orang daripada 38 keluarga yang masih berlindung di dua PPS di daerah Manjung, berbanding 204 orang daripada 59 keluarga petang tadi.

Menurut Sekretariat JPBN Perak, PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai kekal menempatkan 130 orang daripada 36 keluarga.

Jumlah mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Batu berkurangan kepada sembilan orang daripada dua keluarga, berbanding 74 orang daripada 23 keluarga direkodkan petang tadi.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan