AM

Anwar Beri Sumbangan Bantu Kos Pembedahan, Rawatan Pesakit Asma Dan Resdung Kronik

06/07/2024 03:12 PM

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada reformis Henry Albert, untuk membantu meringankan beban kos pembedahan segera dan rawatan susulan anaknya Theshvin Henry yang menghidap penyakit asma dan resdung kronik.

Sumbangan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau dalam sesi Ziarah MADANI di Sentul baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar mendoakan Theshvin selamat menjalani pembedahan dan segera pulih, sekali gus dapat kembali aktif dan menjalani kehidupan harian seperti biasa.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan