DUNIA

MALAYSIA BERHASRAT SERTAI BRICS - PM ANWAR

18/06/2024 12:57 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia berhasrat menyertai BRICS dan akan memulakan proses permohonan tidak lama lagi.

Dalam wawancara dengan media China Guancha, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan memulakan prosedur rasmi tidak lama lagi.

"Kami telah menjelaskan dasar kami dan telah membuat keputusan," katanya.

BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China.

Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010.

Pada Januari 2024, Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyertai organisasi itu sebagai ahli baharu.

Anwar berkata, beliau telah mengadakan perbincangan mengenai perkembangan keahlian BRICS dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

"Kami sedang menanti keputusan muktamad serta maklum balas daripada kerajaan Afrika Selatan," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan