DUNIA

POLIS HAMBURG TEMBAK LELAKI BERSENJATAKAN TUKUL BESI SEMASA PERARAKAN PEMINAT BOLA SEPAK

17/06/2024 11:29 AM

MOSCOW, 16 Jun (Bernama-Sputnik) -- Polis melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki bersenjatakan tukul besi semasa perarakan peminat bola sepak Belanda di Hamburg, Jerman, pada Ahad, menurut laporan media Jerman yang dipetik Sputnik.

Kejadian berlaku apabila lelaki itu mengasari pegawai polis pada 12.30 tengah malam waktu tempatan (10:30 GMT), menjelang perlawanan peringkat kumpulan Euro 2024 antara Belanda dan Poland, lapor akhbar Bild.

Menurut laporan itu, pegawai polis pada awalnya menggunakan semburan lada terhadap penyerang dan kemudian melepaskan tembakan. Lelaki itu rebah selepas beberapa tembakan dilepaskan, menurut akhbar berkenaan. Dia kini sedang menerima rawatan di hospital dan keadaannya stabil.

Motifnya masih belum diketahui, lapor Bild.

-- BERNAMA-SPUTNIK

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan