JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Tahan Dua Lelaki Curi Kabel

30/05/2024 08:54 PM

KUANTAN, 30 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki di Taman Sri Benta, Kuala Lipis semalam kerana mencuri kabel milik Telekom Malaysia.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Ismail Man berkata kedua-dua lelaki berusia 26 dan 29 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis sekitar 10 malam. 

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah kereta jenis Proton Saga, satu pemotong besi bersama 286 batang kabel yang telah dipotong dan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM15,000.

"Kedua-dua lelaki itu mengaku mencuri kabel berkenaan dan memotongnya kepada bahagian yang lebih kecil bagi mudah diproses," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua suspek direman selama dua hari dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Raub esok untuk berhadapan pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan