EKONOMI

Petronas, Sinopec Bekerjasama Teroka Peluang Untuk Pacu Pertumbuhan Dan Inovasi

30/05/2024 07:57 PM

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menjalin kerjasama strategik dengan China Petrochemical Corporation (Sinopec) untuk meneroka peluang memacu pertumbuhan dan inovasi merentas rantaian nilai tenaga.

Petronas dalam satu kenyataan berkata kerjasama itu menunjukkan komitmen syarikat dalam memastikan bekalan tenaga berdaya tahan dan mampu milik untuk memupuk pertumbuhan ekonomi serta pembangunan di rantau Asia Pasifik, pada masa sama mempercepatkan peralihan kepada ekonomi rendah karbon.

“Kerjasama itu akan memberi tumpuan kepada pertumbuhan mampan dalam bidang komoditi dan kimia, minyak mentah dan perdagangan gas asli cecair serta pelincir dan penyelesaian digital.

“Ia juga akan memberi tumpuan kepada memacu usaha penyahkarbonan untuk pelbagai industri seperti pengangkutan, perkapalan, pembuatan, penerbangan dan kuasa sekali gus membolehkan kedua-dua pihak mengurangkan jejak karbon mereka sekali gus kekal berdaya saing,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan