JENAYAH & MAHKAMAH

PEMUDA LEMAS DIHANYUT ARUS KETIKA MEMANCING

28/05/2024 09:15 PM

LABUAN, 28 Mei (Bernama) -- Seorang pemuda lemas manakala rakannya selamat akibat dihanyutkan arus ketika memancing di Pantai Batu Manikar, di sini petang tadi.

Kejadian melibatkan Muhammad Sharulnizam Mat Sidon, 18, dari Kampung Merinding dan rakannya Suhairi Rosli, 18, dari Kampung Lubok Temiang berlaku kira-kira 5.35 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Layangan Huzyman Malikin berkata mayat Muhamad Sharulnizam ditemukan pasukan penyelamat pada 7.40 malam, tidak jauh dari lokasi pemuda itu memancing.

Mayat dihantar ke Hospital Labuan untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan