AM

Projek Ppr Di Labuan Bernilai Rm112 Juta Dijangka Siap Menjelang Akhir Tahun Ini

25/05/2024 09:26 PM

LABUAN, 25 Mei (Bernama) -- Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Batu Arang, Tanjung Aru di sini yang bernilai RM112 juta hampir siap dan dijangka dapat dihuni pada akhir tahun ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata pembinaan projek itu, yang mengetengahkan 500 unit kediaman di dua blok 13 tingkat, bermula pada Januari 2018.

Setiap unit, dengan keluasan 700.19 kaki persegi, mempunyai tiga bilik bagi memastikan ruang kediaman yang selesa untuk penduduk. 

Dr Zaliha berkata pembangunan di kawasan itu termasuk kemudahan asas seperti dewan komuniti, surau, tadika, rumah kedai dan taman permainan kanak-kanan.

Beliau turut menekankan komitmen pemaju dalam mematuhi piawaian dan garis masa tertentu sekali gus menggariskan kepentingan tarikh penyerahan projek itu. 

Selain itu, beliau mengarahkan Perbadanan Labuan Corporation (LC) untuk menjalin kerjasama rapat dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memastikan PPR itu memenuhi matlamatnya kepada penduduk Labuan yang layak.

Dr Zaliha turut memberikan maklumat terkini berhubung projek sekolah menengah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang bernilai RM65 juta di Kampung Sungai Bedaun. 

Dijangka siap menjelang 2027, beliau berkata sekolah itu dapat menampung 600 pelajar dan menyediakan kemudahan asrama.

“Apabila beroperasi, sekolah itu bukan sahaja terbuka kepada pelajar tempatan tetapi juga asnaf dari Labuan, Sabah dan Sarawak sekali gus memupuk peluang pendidikan untuk masyarakat secara lebih meluas,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan