JENAYAH & MAHKAMAH

DUA LELAKI DITAHAN CUBA CEROBOH ISTANA NEGARA

18/05/2024 01:49 PM

KUALA LUMPUR 18 Mei (Bernama) -- Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 29 dan 37 tahun yang menaiki kereta Perodua Kembara itu ditahan anggota polis bertugas di Pintu 3 Istana Negara ketika cubaan mereka memasuki istana melalui pintu itu kira-kira 4.40 petang, atas alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan berkata pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan suspek telah menjumpai sebilah parang.

“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif. Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga 21 Mei bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Rusdi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Beliau menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan sesuatu berita yang tidak pasti.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan