POLITIK

PRN Johor: Saf Pemimpin Tertinggi, Tokoh Politik Iringi Onn Hafiz

27/06/2026 09:58 AM

SIMPANG RENGGAM, 27 Jun (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyerahkan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 9.10 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam.

Ketibaan beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap diiringi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Khairy Jamaluddin.

Turut hadir memberi sokongan ialah bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati para penyokong mula memenuhi kawasan sekitar dengan mengenakan pakaian mengikut warna parti masing-masing sambil membawa sepanduk serta bendera sebagai tanda sokongan kepada calon yang bertanding.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan